Friday, May 12, 2017

Benarkah Mati Putik Sebabkan Penceraian?


Ramai yang beranggapan bahawa hanya lelaki sahaja yang mengalami masalah batin, iaitu mati
pucuk. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa ramai sebenarnya wanita yang mempunyai masalah batin, iaitu mati putik terutamanya ibu-ibu selepas bersalin dan bagi mereka yang ada masalah sukar mendapatkan zuriat.

Mati putik atau dikenali sebagai Female Sexual Dysfunction (FSD) adalah keadaan di mana seseorang wanita sukar mendapatkan klimaks ketika melakukan hubungan intim.

Punca mati putik pada wanita adalah disebabkan beberapa faktor. Faktor utama ialah disebabkan gangguan urat saraf dalam pengaliran darah ke faraj terutamanya kelentit menyebabkan ianya tidak menegang ketika dirangsang. Contohnya, walaupun pihak suami telah melakukan ransangan pada titik ransangan seperti pada bahagian puting dan klitoris sebelah kiri lebih daripada 30 minit, namun isteri masih belum merasakan klimaks. Klimaks pula berlaku apabila otot sekitar vagina, punggung, pinggang hingga ke kaki mengejang dan satu perasaan nikmat kepuasan terasa, di mana hormon endorfin dikeluarkan daripada dalam badan. Namun, bagi golongan mati putik ini, mereka jarang sekali untuk merasakan kesedapan klimaks.

Punca kedua mati putik ialah kerana angin gastrik yang terlalu banyak di dalam perut. Angin yang terlalu lama dibiarkan berada di dalam badan akan memberikan tekanan kepada seluruh organ sekitarnya seperti rahim dan vagina. Itulah sebabnya mereka yang ada masalah gastrik, akan mudah mengalami senggugut.  Mereka yang ada masalah gastrik yang teruk, selain angin yang banyak pada kawasan perut dan rahim, biji-biji angin ini juga akan berada pada kawasan bibir luar faraj (labia majora). Ini adalah pengalaman saya sendiri merawat pelanggan saya yang sukar hamil.

Punca ketiga punca mati putik ialah disebabkan masalah saraf. Mereka yang mengalami masalah saraf akan sensitif kepada suhu persekitaran yang sejuk. Apabila mengadakan hubungan kelamin di dalam bilik yang sejuk umpamanya, isteri akan berasa tidak selesa dan sukar untuk klimaks. Lama-kelamaan isteri yang biasa tidur di bilik yang suhunya sejuk akan mudah mati putik.

Punca keempat mati putik ialah kerana tidak mendapatkan sebarang rawatan ketika berpantang. Proses bersalin secara normal, di mana bukaan serviks membesar sehingga 10cm, kemudian otot vagina mengecut kembali, sudah pastinya memberi tekanan kepada otot sekitarnya. Otot yang tercedera pastinya memberi kesan kepada saraf. Apabila saraf sekitar vagina kurang berfungsi, maka akan mengalami kesukaran untuk klimaks ketika bersama pasangan dan akhirnya boleh menyebabkan mati putik. Namun, bagi wanita yang bersalin secara pembedahan, anda juga boleh terkena mati putik jika angin di dalam perut dan rahim anda tidak dikeluarkan dengan sebaiknya. Angin yang berkumpul terlalu banyak di dalam perut boleh menyebabkan pengumpulan angin di sekitar vagina. Angin sekitar vagina inilah yang menyebabkn kesukaran untuk klimaks dan akhirnya mati pucuk.

Bagaimanakah Cara Kita Mengetahui Bahawa Kita Mati Putik?
1. Mereka yang mati putik kebiasaannya adalah mereka yang mempunyai berat badan melebihi berat badan ideal ataupun obesiti.
2. Selain itu, mereka ini adalah golongan yang beremosi, panas-baran, mood tidak stabil dan tiada keinginan untuk bersama. Bagi mereka, seks umpama makan ubat. Jika mereka rasa perlu, barulah mereka ambil. Jika tidak ada apa-apa kepentingan untuk mereka, maka mereka akan tinggalkan.
3. Mereka yang mempunyai sejarah gastrik dan senggugut adalah golongan yang paling mudah untuk terkena mati putik. Kegagalan mengawal waktu makan dan banyak memakan makanan bersifat sejuk dan berangin menyebabkan mereka mudah mati putik. Contoh makanan bersifat sejuk seperti buah terung dan kacang bendi.
4. Wanita yang mati putik sangat sukar mendapatkan klimaks ketika bersama suami.
5. Wanita yang bersalin secara normal mahupun secara pembedahan, mengalami masalah sembelit, keputihan dan angin yang banyak di dalam perut.

Kesan daripada Mati Putik ini ialah mereka merasakan fobia untuk bersama pasangan. Hal ini kerana, aktiviti sekd dirasakan menyakitkan kerana tiada cecair yang dirembeskan kerana tiada keghairahan.

Antara petua pencegahan bagi masalah mati pucuk yang boleh diamalkan sendiri ialah dengan mendapatkan rehat yang cukup, menjaga waktu makan terutamanya sarapan awal pagi, mengatur stress, menjadualkan masa bersama keluarga dan waktu 'me time' sendiri. Selain itu, rawatan sendiri yang boleh dijalankan seperti bertangas, bertungku, rendaman vagina adalah sangat bagus untuk memberikan ransangan semula kepada alat sulit wanita.

Saya kongsikan sedikit petua alami yang anda boleh lakukan di rumah. 100 gram serbuk inai dicampurkan bersama 50gm serbuk manjakani dan sedikit air mawar. Buatlah masker di kawasan intim wanita sebelum anda tidur selama 20 minit. Ianya akan membantu melancarkan perjalanan darah di sekitar bahagian intim wanita dan meningkatkan sensitiviti zon erotik.

Namun begitu, jika semua cara di atas telah diamalkan, namun masih juga ada masalah dalam hubungan kelamin, saya syorkan anda bertemulah perawat untuk mengenal pasti punca masalah sebenar. Pengalaman saya, mereka yang mati putik ini, vagina nya sejuk dan longgar, mengalami keputihan, dan terlalu banyak biji-biji angin. Maka, satu rawatan khas vagina perlu dijalani.

Mati Putik sebenarnya bukan sahaja menyerang golongan berumur. Mati putik boleh terjadi seawal adanya gastrik. Perut yang buncit dan wajah yang kusam kurang keceriaan menggambarkan
bahawa anda sakit dan tidak bahagia.

Penjagaan diri dan alat kelamin perlulah bermula seawal anda perkahwinan. Mati putik yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah kepada rumah tangga. Apabila tiada kesepakatan antara suami isteri, maka di situlah lahirnya sebuah penceraian.

Tiga tahun lepas saya pernah merawat seorang wanita yang ada masalah mati putik. Beliau hampir bercerai. Beliau datang berjumpa saya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan. Semasa sesi urutan dijalankan, semasa saya ingin memulakan urutan, ototnya sangat-sangat keras dan walaupun tekanan yang paling ringan dikenakan, beliau terus menjerit sakit. Urutan seakan usapan pun beliau sudah menjerit, belum lagi urutan 'deep tissue massage'. Ianya menggambarkan bahawa otot seluruh badannya sangat stress. Seluruh otot mengeras. Saya terpaksa menghentikan urutan dan terus menyoalnya. Beliau berterus-terang kepada saya bahawa beliau tidak pernah langsung mendapatkan sebarang rawatan tradisional selepas sahaja bersalin. Beliau mempunyai dua orang anak berumur 10 tahun dan 8 tahun. Rupanya mati putik ini di tahap yang paling bahaya ialah mereka langsung tidak boleh disentuh, hatta kain yang terkena pada badan pun dirasakan sakit. Jadi, bagaimanakah suami hendak menyentuh isteri? Di sinilah bermula sebuah perceraian.

Nasihat saya buat semua wanita, jika anda mengalami tanda-tanda di atas, segeralah mendapatkan rawatan yang bersesuaian mengikut masalah anda. Kekalkanlah institusi kekeluargaan dengan kasih-sayang dan ilmu.

Perkongsian ilmu adalah dapatan ilmu perawatan daripada guru saya sendiri, Puan Sarefa Redzuan dan juga suami saya sendiri, Ustaz Lokman Mohamed. Selain daripada itu, ianya adalah pengalaman sepanjang pengalaman kami di dalam bidang perawatan.

Wanita ibarat bunga, siramilah, bajakan ia dengan baik. Nescaya yang tumbuh itu adalah mawar merah yang subur dan mekar. Ianya wangi dan mewangikan seluruh alam.

Jika anda benar-benar ingin mendapatkan rawatan, boleh direcr whatsupp 018-3677769.

Jika mahu membeli produk, ada di bawah ini keterangan lanjut ya:-


Ini produk miss V😎
Miss V Special ( Scrub & Masker) RM49

Miss V Oil ( Urutan Miss V supaya cepat klimaks & digunakan untuk meruang & cuci di bahagian dalam vagina)
Rm49

Miss V Spray ( Boleh digunakan sebagai Pencuci Wanita Alami, tiada buih & bauan inai & ros asli), juga boleh untuk meruang.
Rm49
.
Jika nak buat masker, campurkan ketiga-tiga bahan ni...

Jika nak kesan power, tangas dlu sebelum nk scrub & masker, supaya khasiat herba cepat masuk, barulah cepat pinkish, ketat & cepat klimaks ( rasa sedap sngt🙈🙈🙈)
Tangas RM69

Nak beli?
Whatsupp
0178387695




Jika SERIUS INGIN RAWAT, Boleh buat rawatan ( Rujuk Pakej C)


Untuk Siapakah rawatan ini?
Rawatan ini adalah IKHTIAR UNTUK MUDAH HAMIL,
RAWATAN PENUTUPAN PANTANG (60-100 hari berpantang) bagi mengelakkan dingin,
juga untuk mereka yang aada masalah kegatalan & kentut vagina,
juga untuk mereka yang inginkan aset yang cantik, pinkish, ketat dan wangi.

Bagaimana Rawatan dijalankan?
Rawatan bermula dengan diagnos masalah, bertangas basah dan kering sambil minum jamu yang sangat sedap ;-)
Kemudian, saya akan cek keputihan, scrub dan masker.
Sesi yang sangat penting ialah urutan di kawasan peranakan dan masalah batin.
Kemudian, saya akan melakukan rawatan berfokus kepada masalah anda.

InsyaAllah selepas sahaja rawatan, anda akan rasa perbezaan yang ketara vagina dan pada wajah anda. Jika yang mahu mengetatkan vagina, ianya adalah 'instant result' ya! dalam 5 minit dah nampak kesan ;-)




8 comments:

  1. Betul saya setuju sangat.
    Urat semua tegang sampai sakit diurut.
    Memang wajar buat urutan setiap 3 bulan untuk badan sihat dan hubungan suami isteri pun harmoni kan.

    ReplyDelete
  2. Perempuan yang dah 30 tahun keatas bagus urut saraf sebulan sekali
    spend sikit duit untuk kesihatan diri sndiri

    ReplyDelete
  3. Ada ke pusat rawatan area kl atau selangor?

    ReplyDelete
  4. umur berapa start mati putik ni??

    ReplyDelete
  5. Suami saya tak berminat untuk bersama, sudah minta untuk dia berubat tapi suami taknak.. Ada tak ubat untuk matikan putik? Lebih mudah kalau 2 2 tak nak bersama

    ReplyDelete
  6. Saya perlu kan d urut..tpmacam mana saya nak cara d sabah ni

    ReplyDelete